"Saya akan buat apa yang kamu tidak mahu buat... buat dia selamat", jerit Steven tidak mahu bergaduh tentang ini. Lebam di muka Jewel telah membuatnya marah dan dia tidak akan hantarnya pulang kepada lelaki yang membuat lebam itu.
"Saya tidak perlukan satu lagi pelindung", Jewel berpusing untuk pergi tapi berhenti bila melihat dua lelaki yang kelihatan merbahaya menghalang pintu itu.
Dean rasa kegelisahan Steven hingga bawah tangga dan sekarang dia memandang ke gadis yang jadi penyebabnya, dia boleh faham kenapa. Membaca rohnya, dia lihat sekilas bayangan maklaikat maut.
"Kamu salah". Dia bergerak sangat cepat, kedua-dua perubah bentuk di bilik itu pun tidak sedar. "Kamu perlukan pelindung".
Jewel menahan jeritan bila tapak tangan lelaki itu menekan di pipi lebamnya dan matanya bertukar ke warna merkuri. Tangan sejuk bekunya yang menekan di jantungnya sepanjang masa itu cair. Tiba-tiba dia teringat perasaan yang sudah begitu lama dilupainya... kehangatan, keselamatan... kesayangan.
Paderi itu tersandar ke mejanya bila bayang-bayang kepak terpampar dari belakang lelaki itu, bersinar seketika, kemudian hilang.
"Saya turun ke bawah", ujar Dean sementara udara berkisar di ruang yang dia tiba-tiba ghaib.
Steven tidak faham kenapa Dean memilih masa itu untuk menunjukkan kuasanya tapi dia suka maklaikat yang jatuh itu melakukannya. Pipi Jewel sembuh dan paderi itu kelihatan bersinar.
"Kita perlu pergi... sekarang", kata Nick dari ruang pintu.
Steven pegang tangan Jewel dan mula keluar pintu, suka yang kejutan tadi membuatnya tidak melawan pada masa itu.
"Tunggu", panggil paderi itu, membuatkan Steven dan Nick berhenti untuk memandangnya. "Adakah itu...?" dia terketar, menunjuk tempat Dean berdiri tadi.
Steven senyum pada kegembiraan di mata paderi tua itu. "Ya... betul".
Paderi itu tersenyum bila Steven dan Nick tinggalkan bilik itu dengan Jewel. Dia mengangguk sekali dan mula mengumpul barang-barang yang diperlukannya. Dalam mindanya, tuhan sedang siapkan bumi untuk kepulangannya.
Steven dan Nick melangkah keluar gereja tapi Steven menahan Jewel berhenti supaya dia boleh memandang ke tingkap pejabat. Dia menarik nafas lega bila lihat lampu pejabat dipadamkan.
"Nampaknya si tua itu terima nasihatmu", kata Nick.
Steven mengeleng kepala, "Lebih pada dia lihat Dean sebagai apa dia sebenarnya dan dapat perasaan keagamaan. Dia beri nombor telefonnya, saya akan telefonnya bila ianya selamat".
"Saya tidak rasa beberapa jam cukup", ujar Nick padanya.
"Ianya cukup", jawab Steven. "Sekarang, mari balik ke kelab untuk beritahu Warren dan Quinn berita ini".
Dean duduk di atap gereja itu dan senyum pada mereka bertiga semasa meninggalkan gereja itu. Dia sudah berikan Steven bantuan yang perlu tapi jampi ketenangan yang diberikan pada gadis itu tidak akan kekal lama. Dia boleh rasa kegelapan di bawah bangunan itu mula tersebar semasa langsuir-langsuir keluar dari terowong itu.
Tidak seperti mereka dari malam kelmarin, mereka ini dikawal sesuatu yang lebih gelap, lebih jahat, dari yang Dean pernah jumpa.
Dean berkerut mushkil kenapa dia tidak rasainya semasa membersihkan kumpulan pertama yang tinggal di situ. Kawalan ini sangat tua dan amat berkuasa. Secepat dia rasainya, kegelapan itu hilang dan cuma kehadiran langsuir-langsuir sahaja yang tinggal.
Maklaikat yang jatuh masuk semula ke gereja untuk menyiasat orang tua itu dan pastikan dia keluar masih hidup.
Bab 4
Trevor dan Kat mengesan langsuir itu di tengah bandar.
"Apa yang dia buat?" bisik Kat, mula curiga.
"Nampak macam dia membeli belah", jawab Trevor bila langsuir itu berhenti di tingkap kedai dan melihat ke dalam tingkap gelap itu.
Langsuir ini muda, tidak sampai lapan belas dari rupanya. Dia berambut hitam lurus dan memakai kacamata bulat. Dengan rambutnya disikat ke belakang, dia nampak segak kecuali kulitnya yang pucat.
Mereka berdua mempercepatkan jalan bila langsuir itu tiba-tiba berpusing dari tingkap itu dan sambung berjalan di jalan. Walaupun kedai semua tutup, kaki lima sibuk malam itu.
Mereka terjumpa tubuh mangsa terakhir langsuir itu terbaring di laman yang kemas. Dengan deria bau yang tajam, mereka dapat mencari penghisap darah itu bila ia sampai di Rodeo Drive. Dari situ, Trevor terpaksa menahan Kat dan menasihatnya bahawa terlalu ramai orang di sekitar situ untuk mereka mengejarnya tergesa-gesa.
Sekarang, mereka di situ, mengikut langsuir dengan kaki dan keduanya tiada keinginan berbual. Selepas itu mereka naik bas bandar tidak kisah destinasinya. Akhirnya, langsuir itu tarik loceng untuk turun. Kat dan Trevor sambung ke perhentian seterusnya dan turun sebelum menyambung mengejarnya. Langsuir itu terus berjalan dan Kat menyeringai geram.
"Saya mula fikir langsuir ini ambil dadah. Kita hampir buat pusingan penuh", dia komplen. "Kita cuma beberapa blok dari kelab".
"Itu dia pergi!" teriak Trevor dan lari ke lorong langsuir itu ghaib.
Kasut Trevor menciut bila berhenti di mulut lorong itu dan meninjau ke dalam. Kat berdiri di sebelahnya, menunduk sedikit supaya mereka berdua boleh meninjau di bucu itu.
"Cilaka", Trevor menyumpah dan keluarkan 9mm nya.
"Saya tidak faham kenapa kamu bawa pistol", kata Kat walaupun dia tahu Nick pun bawa satu. Ia bukan pistol itu yang Nick bergantung... ianya peluru istimewa yang di dalamnya. "Benda itu tiada guna ke atas langsuir".
Trevor tersengeh, "Kamu lupa saya kerja dengan siapa. Peluru ini direka untuk pecah selepas tembus dan tengahnya dikosongkan dan diisi sedikit asid muriatik. Itu akan makan semuanya dari dalam".
"Kenapa asid itu tidak makan peluru?" tanya Kat, mencungkil rahsia untuk merasuah Nick.
"Ada bekas di dalam peluru yang dikosongkan yang asid itu tidak boleh makan. Saya terlupa ianya bahan apa sekarang", jelas Trevor. "Ianya cukup kuat untuk tidak dimakan asid itu tapi boleh pecah bila terkena impak".
Kat perlahan-lahan berdiri tegak, "Mari kita masuk?".
Trevor memegang erat pistolnya dan masuk dahulu, diikuti Kat yang memegang pisau-pisau tajam di kedua tangannya; terimakasih pada Trevor. Mereka memeriksa keseluruhan lorong itu sebelum sedar langsuir itu sudah hilang.
Trevor merehatkan diri dan menurunkan senjata. "Dia hilang!".
Kat melepaskan keluhan hampa, "Baiklah, sebab kita sudah dekat, baik kita balik ke kelab".
"Walaupun suka mempermainkan kamu berdua yang bodoh malam ini", suara berkata di belakang mereka. "Saya mesti jemput kamu makan malam".
Kat dan Trevor berpusing ke suara itu dan kaku bila melihat langsuir yang mereka cari dengan lima yang lain.
"Anak haram ini tahu kita mengintainya", Trevor menyeringai dan naikkan pistolnya dan bersedia.
Dengan dinding di tiga sisi dan langsuir-langsuir di hadapan mereka, Kat tahu dia dan Trevor terpaksa melawan untuk keluar dari situ. Dia melutut rendah bila langsuir-langsuir itu datang dekat. Seorang berambut merah menyala melompat berharap memerangkap mereka, dari belakang.
Kat tiba-tiba menolak dirinya ke atas dan bergelut dengan langsuir itu di tengah lompatannya. Kuku tajamnya walaupun tidak berubah tapi ia bersedia. Mereka jatuh ke tanah dengan langsuir itu di bawah di atas belakangnya.
Penghisap darah itu memegang pergelangan kanannya kuat, dia rasa tulangnya terkehel dengan sakit. Tergamam kesakitan, dia menepis pergelangannya ke bawah, menikam pergelangan langsuir itu sebagai balasan. Membebaskan dirinya, Kat tidak teragak menusuk tangan kanannya ke dada raksaksa itu dan mencabut jantungnya.
Trevor mengacu dan menembak langsuir yang diburu mereka sepanjang malam ini. Peluru itu kena tekaknya dan, untuk seketika, dia cuma menjeling pada Trevor dengan riak tidak percaya dan mencakar tekaknya itu. Jeritannya terkedu bila asid yang terlepas dari peluru terkena kotak suaranya.