Arthur Jones, katanya dengan nada hambar. Dia terus memanggung kepalanya dan tidak bergerak walaupun seurat. Cik.
Dia seorang askar. Ini sesuai bagi seorang pengawal. Anya tidak memarahinya. Jones hanya melakukan tugasnya, tetapi itu tidak bermaksud Anya sukakannya. Encik Jones, katanya lalu tersenyum. Saya tiada langsung niat untuk meletakkan diri saya dalam bahaya. Ini adalah saat yang berbahaya di Jerman, dan saya tidak ingin menjadi korban. Terima kasih kerana melakukan tugas kamu untuk memastikan saya selamat.
Dia diam sejenak sebelum berkata, Ya, cik. Adakah dia ingat Anya akan merungut? Anastasia adalah seorang wanita sejati tanpa memerlukan pangkat Lady. Ana tahu apa yang dia diharapkan. Ida pastikan Ana tahu tempatnya dalam perjalanan ke Jerman. Ketika itulah ketegasan Ida menjadi jelas dan Anya cepat-cepat pelajari yang dia perlu simpan segala isi hatinya. Baiklah, dia mula berkata. Izinkan kami pergi dahulu. Dia memberi isyarat kepada Ida. Perjalanan tadi sungguh jauh, dan saya ingin berehat. Apa yang dia tidak katakan adalah dia perlukan masa untuk dirinya. Jika dia tidak ke biliknya, Ida tidak akan tinggalkannya sendirian. Dia tidak akan berasa bagaikan setiap gerak gerinya diperhatikan.
Semestinya, Jones berkata dan mengangguk. Dia memberi laluan kepada Anya dan Ida supaya mereka boleh bergerak melaluinya. Dia tidaklah sebegitu tampan, tetapi ada tarikannya. Di zaman yang lain, mungkin dia akan berminat dengannya.
Ana ingin memandangnya lagi sekali, tetapi dia berikan tumpuan kepada apa yang berada di depannya. Jika dia menunjukkan minat terhadap Arthur Jones, Ida akan pergi dan beritahu akannya. Lagipun, tiada apa pun akan berlaku. Anya tidak asal dari sini, dan Ana sudahpun mempunyai seorang tunang.
Anya merenung ke luar tingkap biliknya. Sudah seminggu dia berada di Jerman dan dia masih belum dapat jawapan bagaimana untuk pulang ke tempat asalnya. Dia mungkin perlu berputus asa dan menetap di sini. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu yang produktif dengan masa yang dia ada pada tahun 1933 ini. Sebuah peperangan yang dasyat bakal berlaku dan ribuan akan berkorban nyawa. Jika boleh, dan jika dia cukup berani, dia mungkin dapat menyelamatkan beberapa orang yang menjadi sasaran kerajaan Nazi.
Mungkin itu sebab dia dihantar ke sini?
Anya mengeluh. Jika dia ingin melakukan perubahan, dia perlu keluar dari biliknya terlebih dahulu. Dia tidak akan dapat membantu sesiapa jika dia terus bersembunyi, terutama dirinya. Dia boleh pergi minta Arthur Jones untuk temaninya untuk keluar dari kedutaan ini. Satu-satunya perkara baik tentang mempunyai seorang Nazi sebagai pasangan tunang ialah dia dapat perlindungan. Tiada siapa akan mencurigai yang dia akan tolong orang Yahudi melarikan diri dari penganiayaan. Masalahnya sekarang adalah Anya tidak tahu bagaimana dia boleh cari dan tolong mereka yang memerlukan. Sekiranya dia dekati orang yang salah, dia boleh dibunuh atau lebih teruk. Ada perkara yang lebih teruk dari mati...
Dengan satu keluhan, dia berpaling dari tingkap dan bergerak ke arah pintu dan menarik ia buka. Jika dia ingin terus hidup, dia perlu ambil langkah pertama. Dia berjalan menyusuri lorong dan menuju ke pejabat ayah Ana. Memikirkan dia sebagai ayah Ana membuatkan perihal ini lebih formal dan tidak nyata baginya. Dia betul-betul tidak sukakan lelaki itu. Dia lebih kurus dari yang dia jangkakan. Anya masih belum berjumpa tunangnya, Dierk Eyrich. Dia berada luar bandar, sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kem konsentrasi. Mereka tidak memanggilnya tetapi Anya tahu. Ia adalah salah satu kem paling teruk yang pernah wujud dalam sejarah Buchenwald. Bukanlah Anya katakan yang kem lain adalah bagus. Semuanya teruk, dan banyak nyawa terkorban.
Dia mengetuk pintu pejabat Edward Wegner. Seketika kemudian, dia bersuara, Masuk.
Anya masuk ke dalam dan tunggu untuk dia bercakap dengannya. Dia duduk di belakang sebuah meja tulis mahoni yang besar, sedang menulis. Selepas beberapa saat membisu yang janggal, dia memanggung kepalanya. Apa yang saya boleh lakukan untukmu, Anastasia?
Saya ingin meminta kebenaran untuk hadiri sebuah opera malam ini. Dia rasa bagai ada sesuatu yang tersekat di tekaknya, dan dia cuba untuk menelannya, tetapi ia dengan degil kekal disitu. Teater Negeri Berlin akan mengadakan sebuah persembahan terakhir Die Meistersinger von Nürnberg oleh Richard Wagner malam ini. Anya ada terdengar isteri Duta besar menyebut tentang persembahan opera itu. Duta besar dan isterinya telah menerima jemputan tetapi mereka menolaknya.
Dia tidak langsung memandang Anya ketika dia mula bersuara, Dierk tiada di sini untuk mengiringi kamu, dan saya tidak mahu menonton opera. Saya terlalu sibuk. Dia kembali menulis dengan tekun. Ini tidak penting. Cari benda lain untuk mengisi masa kamu. Apabila Dierk kembali, dia boleh melayani kamu.
Anya perlu meyakinkannya. Pergi ke opera itu adalah langkah pertama dia boleh ambil untuk capai matlamaynya. Dia perlu sesuaikan diri dalam masyarakat Jerman. Bagaimana lagi caranya untuk dia jalani rancangannya mengenai penangkapan orang Yahudi? Dia tiada cara lain untuk mendapat informasi. Saya masih ingin pergi. Tak bolehkah Encik Jones temani saya? Dia pengawal saya kan? Dia akan pastikan saya selamat dan dilayan dengan baik. Anya harap Encik Jones tidak kisah melihat beberapa propaganda Jerman. Ia pastinya akan menjadi agak memualkan. Dia harap Encik Jones bukanlah seorang penyokong Nazi seperti Edward Wegner.
Edward memanggung kepalanya dan menemukan matanya dengan Anya. Kamu mesti nak sangat tonton opera ini? Apa yang kamu harap kamu dapat darinya?
Pencerahan, kata Anya. Itulah jawapan paling mudah yang lelaki ini boleh faham. Dia mesti sangka yang kaum wanita tidak boleh berfikir dengan bernas. Lagipun, dia sanggup serahkan anak perempuannya kepada seorang Nazi untuk kebaikan sendiri.
Kamu harap kamu dapat belajar sesuatu? Dia tergelak kecil. Kamu? Edward Wegner menggelengkan kepalanya seolah-olah itu adalah idea yang paling mengarut. Kamu seorang wanita yang mudah. Saya tak rasa kamu boleh dapat banyak pengetahuan daripada opera itu. Ia akan tembus keluar dari otak kecilmu.
Anya mengetap giginya. Dia memang sangat teruk. Saya nak tengok dan dengar sendiri pesanan yang akan disampaikan oleh opera itu. Dia tidak berbohong. Walaupun dia tahu itu adalah propaganda pihak Nazi, dia masih ingin mendengarnya. Idea disebaliknya adalah semoga ia boleh membantu Anya untuk lebih memahami dan pelajari bagaimana caranya untuk dia membantu mereka yang memerlukan.
Kalau ia sebegitu bermakna untuk kamu, dia mula berkata, Saya akan aturkannya dengan Encik Jones. Dia meletakkan pen nya. Saya nak kamu hadir persembahan itu sahaja. Kamu akan keluar sejam awal dan pulang dengan segera.
Terima kasih, Ayah, kata Anya sambil memandang lantai. Dia mesti harapkan anak perempuannya ada sedikit rasa rendah diri. Jika Anya memandang matanya terus, Edward Wegner pasti tidak akan bertindak dengan baik. Arahan Ida tepat. Ayahnya mengharapkan Anya untuk bertindak dengan cara yang tertentu, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia akan menghukumnya. Ida juga dengan senang hati telah menerangkannya. Anya tiada sebab untuk tidak percayakan pembantu rumah itu jadi dia memberi tumpuan kepada segala kata-kata Ida. Saya akan lakukan seperti yang kamu suruh.
Pastikan kamu patuhi, katanya dengan tegas. Sudah. Pergi. Saya ada kerja untuk disiapkan, dan kamu sudah cukup menganggu. Dia tiada hormat kepada anak perempuannya. Apabila dia selesai berurusan dengan Anya, dia berlagak seperti Anya sudah keluar dari bilik itu. Anya harap dia boleh membantu Ana. Mungkin selepas dia membantu orang Yahudi di Jerman.