Dawn Brower - Bayangan Cinta стр 5.

Шрифт
Фон

Duke itu tidak tahu betapa betulnya dia. Anya menelan air liurnya sekali lagi dan cuba untuk makan. Dia mencedok telur dengan garfu dan sumbat ke dalam mulutnya. Tiada siapa harapkan dia untuk berkata apa-apa ketika dia mengunyah.

Jangan takutkan dia, Julian, kata duchess. Dia sudah pun sedang mengalami banyak masalah. Senyum duchess itu kepada Anya. Kamu pernah pergi ke Jerman. Adakah tempatnya cantik... apa yang kamu telah lihat? Ada sesuatu yang tidak dapat Anya kenalpasti dengan tona suara duchess itu. Pernahkah dia ke Jerman? Jika Anya mengingatinya betul-betul, duke tersebut pernah menjadi seorang pengintip ketika perang dunia pertama. Dia mungkin pernah ke Jerman, tetapi duchess itu seorang warga Amerika. Barangkali dia berada di rumah dengan selamat.

Anya telah telurnya, dan ia sakit sebaik mereka turun ke tekaknya. Dia mengangguk. Ya. Satu perkataan pun cukup, kan?

Saya faham yang kamu sudah bertunang, kata duke itu.

Ya? Itu tidak sepatutnya berbunyi seperti satu soalan. Jika begitu, kenapa dia akan ke Jerman?

Duchess itu ketawa. Kamu mungkin perlu fikirkan semula tentang hubungan kamu jika kamu tidak pasti. Ayah kamu kata dia bekerja dalam Askar Jerman... seorang pegawai berpangkat tinggi.

Apa yang Ana ini fikirkan? Adakah dia percayakan seorang Nazi? Saya pasti ia adalah pilihan yang tepat. Sekurang-kurang, itulah apa yang dia harapkan. Mungkin Ana cintakan lelaki itu. Anya tidak mahu rosakkan hubungan mereka.

Apa pun, kata duchess itu lagi. Kamu masih mempunyai kehidupan yang panjang. Ada keputusan yang tidak boleh senang-senang ditarik, dan mencintai seorang lelaki yang kamu bakal kahwini tidak sepatutnya menjadi keputusan yang susah.

Saya setuju, jawab Anya, dan dia benar-benar maksudkannya. Apabila dia berkahwin, dia merancang untuk mencintai lelaki itu sebaik mungkin. Minta maaf tetapi saya minta ambil diri terlebih dahulu. Saya ingin bersihkan diri sebelum saya pergi.

Baiklah, kata duchess itu. Sekiranya saya tidak dapat jumpa kamu sebelum kamu pergi, selamat menempuh perjalanan.

Dengan kata-kata itu, Anya tinggalkan bilik itu. Masih banyak dia belum tahu, tetapi apa yang sudah dia ketahui cukup untuk membuatkan dia terkedu. Ini tidak bagus... langsung...

3

BAB 3

Oktober 1933

Anya merenung ke luar tingkap kereta dalam perjalanan dari stesen kereta api ke lokasi sementara kedutaan Amerika. Dia tidak tahu apa itu erti masa. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana dia tidak berada di tempat asalnya. Semua orang percaya yang dia ialah Anastasia Wegner, anak perempuan kakitangan Duta Besar William Dodd.

Setahu Anya, dia tiada langsung persamaan dengan Anastasia. Ana tiada cita-cita yang tersendiri dan seorang anak perempuan yang patuh. Dia juga bersetuju untuk bertunang dengan seorang pegawai Jerman. Loya rasanya apabila memikirkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang Nazi. Dia tidak dapat lakukannya. Ada satu sahaja persamaan dengan dirinya, satu sahaja: cincin berbentuk opal di jarinya. Ia serupa dengan tinggalan neneknya... dari corak daun floral di logam perak hinggalah ke opal yang berbentuk bulat.

Pada awalnya, dia tidak perasan akan persamaan itu. Dengan segala yang telah berlaku dari bangunnya dia dari tidurnya dan betapa sakitnya kepala Anya, dia terlepas pandang satu perhiasan yang Anya... Ana pakaikan. Mungkin ini kebetulan, tetapi dia tidak rasakan begitu. Ini cincin pertunangan Ana. Anya ingin membuang cincin itu dari jarinya dan lemparkan ia ke mana-mana tempat yang ia tidak akan dijumpai. Tetapi dia tidak boleh lakukannya. Ana yang patuh tidak akan lakukannya, maka Anya juga perlu menahan diri daripada melakukannya.

Dia menghembuskan nafasnya dan menutup matanya. Tidak lama lagi mereka akan tiba di kedutaan, dan Anya akan bertemu dengan ayah Ana. Perkara yang dia ketahui tentang ayahnya tidak membuatkan Anya berasa lega. Mungkin dia telah melakukan budi yang baik kepada Duke dan Duchess dari Weston, tetapi dia nampaknya memerintah rumahnya dengan cara yang kurang baik. Dia perlu menahan diri daripada bercakap lepas. Jika dia terlepas cakap perkara yang salah, dia mungkin akan menerima sebuah tamparan ke mukanya.

Perjalanan dengan Ida mengajarnya.

Selepas mereka meninggalkan rumah Duke dan Duchess, Ida telah bertukar menjadi wanita yang lain. Itu mungkin tidak berapa benar. Apa yang telah berubah adalah bagaimana dia percaya dia dapat memperlakukan Anya. Dia mengingati Anya tentang siapa yang lebih berkuasa dan jangan sesekali layaninya seperti yang Anya lakukan pagi itu. Arahannya mesti sentiasa dipatuhi atau dia akan beritahu perihal Anya kepada ayahnya dan dia menyesalinya. Dia memandang Ida sepintas lalu pengawalnya. Dia perlu fikirkan cara untuk mengelak Ida sebanyak mungkin. Dia perlu cari jalan pulang ke tempat asalnya dan keluar dari tubuh Ana, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya.

Kamu sedang berkelakuan baik, kata Ida. Inilah apa yang kamu perlu lakukan. Ayah kamu menaruh harapan bagimu. Dia menepuk lengannya. Perjalanan ke London memang diperlukan, tetapi kamu tidak asal disini. Perkahwinan kamu akan berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi, dan kamu perlu biasakan diri dengan permintaan suami kamu.

Anya hampir termuntah. Ya, Ida. Anya tidak lagi dapat menerima sebarang komen dari Ida. Saya akan banggakan ayah. Itu seperti sesuatu yang dia perlu katakan, tetapi itulah perkara terakhir yang dia ingin lakukan. Semakin dia pelajari tentang Edward Wegner, semakin dia membencinya.

Kereta itu berjalan jauh dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar yang mempunyai pagar tinggi kelilinginya. Mereka menanti untuk pagar itu dibuka, dan kemudian mereka masuk ke dalam. Kereta itu berhenti sekali lagi di pintu masuk. Tiba masa untuk dia berhadapan dengan segala yang dia ingin hindari.

Dia keluar dari kereta itu dan nantikan Ida. Apabila Ida sudah berada di sisi Anya, mereka berjalan masuk ke dalam kedutaan itu bersama-sama. Ini adalah satu-satunya perkara yang dia bersyukur adanya Ida. Banyak pendapatnya tentang pembantu rumah ini. Setelah mereka ke dalam, seorang lagi pembantu rumah menyambut kedatangan mereka. Cik Anastasia, lelaki itu menyambutnya. Dia berpakaian serba hitam. Rambut hitamnya hampir sama warna dengan sutnya, dan matanya yang berwarna biru kelabu terserlah. Warna unik itu seperti dia kenali. Dia tidak dapat pandang tempat lain, terpegun dengan kecantikan matanya. Saya ditugaskan untuk menjadi pengawal kamu. Kamu tidak dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan ini tanpa saya, tunang kamu, atau ayah kamu. Dia tiada keinginan untuk keluar ditemani sesiapapun. Jika dia ingin keluar, dia akan cuba pastikan ia bersama pengawal barunya.

Anya menarik muka. Bagus. Sekarang dia mempunyai lagi seorang yang akan ikutinya ke mana sahaja. Dia menelan air liurnya dan mengangguk. Saya faham... Encik... Sudahkan dia memperkenalkan dirinya? Anya tidak dapat ingat ketika itu.

Arthur Jones, katanya dengan nada hambar. Dia terus memanggung kepalanya dan tidak bergerak walaupun seurat. Cik.

Dia seorang askar. Ini sesuai bagi seorang pengawal. Anya tidak memarahinya. Jones hanya melakukan tugasnya, tetapi itu tidak bermaksud Anya sukakannya. Encik Jones, katanya lalu tersenyum. Saya tiada langsung niat untuk meletakkan diri saya dalam bahaya. Ini adalah saat yang berbahaya di Jerman, dan saya tidak ingin menjadi korban. Terima kasih kerana melakukan tugas kamu untuk memastikan saya selamat.

Ваша оценка очень важна

0
Шрифт
Фон

Помогите Вашим друзьям узнать о библиотеке

Скачать книгу

Если нет возможности читать онлайн, скачайте книгу файлом для электронной книжки и читайте офлайн.

fb2.zip txt txt.zip rtf.zip a4.pdf a6.pdf mobi.prc epub ios.epub fb3

Популярные книги автора