Amy Blankenship - Tarian Bulan стр 7.

Шрифт
Фон

Mereka berjalan ke arah barisan bersama-sama dan Envy sangat gembira apabila barisan mula bergerak dengan laju yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk masuk ke kelab itu.

Pengawal pintu di situ memakai seluar Armani yang dipadankan dengan jaket sut yang sama. Kemeja di dalamnya mengikut lengkuk badan dan mendedahkan dadanya yang bidang. Rambut perangnya beralun jatuh ke sisi wajahnya. Kelihatan janggut ynag baru dicukur memenuhi dagunya dan dia mempunyai mata hitam yang menusuk, bersinar dibawah lampu neon yang menerangi tempat itu.

Chad menghulurkan wang dan menunjukkan kad pengenalan mereka sebelum lelaki itu menanda tangan mereka dengan cop dan melepaskan tali baldu merah tanda kebenaraan telah diberikan. Mereka melangkah masuk melalui pintu utama dan berjalan di laluan kecil menuju ke sebuah lagi pintu yang terbuka semasa mereka menghampirinya. Kedua-dua mereka berhenti apabila mereka memasuki ke ruang utama dan merenung sekeliling. Ianya seperti masuk ke dimensi lain.

Bagi ruang sepadat tempat letak kereta diluar, pastinya dia terfikir yang di dalam juga dipenuhi manusia dari dinding ke dinding tapi rupanya tekaannya meleset sama sekali. Bibir Envy terbuka sebaik dia berjalan ke arah satu ruang besar di tengah-tengah bilik itu.

Melangkah menghampiri selusur, dia menundukkan kepala memandang lantai tari di bawah. Di salah satu sisi mereka terdapat laluan turun yang panjang merentasi aras utama dengan kaunter bar dibina dari hujung ke hujung. Bar itu sendiri kelihatan seperti kaca fros dengan pencahayaan lembut dari neon tersulam melaluinya.

Dua set anak tangga turun dari arah kiri dan kanannya dan bertemu ditengah-tengah sebelum turun lagi ke arah lantai tari yang sebenar dibawahnya. Lantai tari itu bersinar dengan cahaya yang lembut, cukup untuk mengikat kaki mereka dalam sejenis cahaya hitam. Semuanya menambah hiruk pikuk kelab itu yang dicipta oleh lampu strob tinggi beserta cahaya dari lampu limpah berwarna warni yang menyuluh ke mana-mana arah kecuali terus ke arah penari.

Cara tempat itu direka, orang-orang yang sedang menari di lantai tari boleh dilihat dari lutut ke bawah, tapi selain daripada itu, semua hanya bebayang kabur.

Envy bersandar di selusur, meninjau kalau-kalau ada lagi bar di aras bawah tetapi yang kelihatan hanyalah lantai tari. Dia terfikir yang ini lebih kurang seperti sebuah lubang dalam. Sekali kaki melangkah menuruni tangga itu, mereka akan berada dalam belas ehsan kegelapan yang menyelubungi penari-penari itu secara peribadi.

Kelab ini tiga tingkat? tanya Envy, mendongakkan kepalanya melihat siling kejap di atas mereka. Jika dikira sekali dengan bawah tanah, itu menjadikannya tingkat ketiga dan dia tertanya-tanya jika ianya sebahagian dari kelab ini atau ia kawasan larangan.

Sorakan dan siulan membuat dia menoleh semula ke arah lantai tari. Matanya terbeliak tidak percaya apabila lampu limpah berwarna biru menyuluh ke arah sebuah sangkar besar di tengah-tengah lubang dalam itu. Serta merta tumpuannya tertarik pada lelaki yang terkurung disebalik palang besi itu.

Pandangan Chad juga terhenti pada sangkar itu. Ia kelihatan seperti sel penjara kecil. Di dalamnya terdapat seorang lelaki dan wanita dan mereka mengelilingi sambil merenung satu sama lain. Walaupun pada jarak mereka berdiri, Chad dapat merasakan kehangatan dalam pergerakan mereka. Wajahnya bagai kehilangan darah sambil tangannya menggenggam kuat pada selusur tangga apabila melihat lelaki di dalam sangkar itu menolak pasangan tariannya ke arah palang besi hanya untuk wanita itu tunduk mengelak lelaki yang cuba untuk memerangkapnya pada sangkar besi itu.

Berpusing-pusing di sekeliling sangkar, lelaki itu kemudiannya menyambar pergelangan tangan pasangannya dan menariknya berpusing agar wanita itu membelakangkannya sebelum menuntun tangannya ke arah palang besi dihadapan mereka. Membuatkan wanita itu menggenggam palang besi sangkar itu, dia menggeselkan dirinya pada tubuh wanita yang hampir tiada seurat benang itu hingga kepala wanita itu melentok ke belakang di dada lelaki itu seolah-olah dia menikmatinya.

Ia kelihatan seperti sifat kehaiwanan pada asalnya, hampir seperti tarian haiwan yang ingin mengawan. Chad dan Envy mendapati diri mereka terpukau dengan pertunjukan itu, apa yang dipersembahkan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Chad terus menonton selama beberapa minit tanpa sepatah kata apabila pasangan itu terpisah lagi hanya untuk lelaki itu memerangkap pasangannya dalam berbagai posisi. Kehangatan pergerakan mereka membuatkan seluar jeans nya terasa semakin ketat apabila peha lelaki itu menyentak ke atas mengena punggung pasangannya. Pandangannya dialihkan dalam kehampaan, Chad memaksa dirinya untuk melihat hiasan pada dinding atas yang dapat dilihat dari sudut tempat dia berdiri.

Kebanyakannya hanyalah cahaya memancar dengan lampu hitam mantap berhampiran lukisan gaya potret yang menggambar keindahan tubuh jaguar, beberapa sedang berkelahi dan beberapa pemangsa lain memburu secara solo. Haiwawn berbahaya itu kelihatan seolah-olah mempunyai daya hidupnya sendiri. Lukisan kaku itu hampir bergerak dengan cahaya yang melimpah, memberi tanggapan bahawa haiwan-haiwan itu hidup dan sedang memerhati.

Chad terpaksa akui yang tema kelab ini unik tetapi ianya berkesan. Matanya mengikut arah gerakan cahaya merentasi dinding dan dia perasan yang rantai digantung antara gambar-gambar disitu, ada beberapa yang mempunyai kolar berduri dan cambuk kulit berwarna hitam.

Dia menoleh semula melihat sangkar tadi dan baru berniat untuk mencari Jason apabila matanya menangkap sosok tubuh Trevor di lantai tari berhampiran salah satu lampu limpah di situ. Budak bodoh itu dihimpit dua orang gadis dan kelihatan sangat gembira menikmati syurganya di situ. Mengerling ke arah Envy, Chad tahu yang dia tidak perlu berkata sepatah pun bila dia perasan yang mata adiknya memandang lurus ke arah trio itu.

Envy menyengetkan kepalanya ke sisi, cuba untuk mengkaji Trevor seolah-olah dia tidak mengenalinya. Ia membuatkan Envy terfikir mengapalah dia berdating dengan mamat tak guna tu mula-mula dulu.

Dai akui yang Trevor menyenangkan pada pandangan sesiapapun. Sangat kacak adalah perkataan yang paling sesuai. Penampilannya boleh dikatakan seperti peluncur ombak California dengan rambut perang keemasannya yang mengerbang itu, kulit sawo matang keemasan dan mata kelabu kebiru-biruan. Dia memang sangat menarik hingga terasa ingin menjilat seluruh tubuhnya dan sangat menyeronokkan.

Tapi jika ditolak wajah kacaknya, tiada apa sangat pun pada dirinya yang boleh memikat wanita. Apa yang tinggal hanyalah seorang budak kolej tak guna yang dilahirkan dalam kemewahan. Bila mereka bersama, dia memberikan sepenuh perhatian tetapi dia juga selalu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, kadang kala sehingga berhari-hari lamanya.

Satu-satunya perkara baik yang boleh dikatakan mengenai Trevor ialah dia memang hangat di ranjang, dan dia telah berikan saat-saat paling manis dalam hidup Envy.

Bila difikir-fikirkan, dia betul-betul percaya yang Trevor sukakannya... lebih daripada sekadar menyukainya. Memang nampak sangat dia tahu tentang lelaki. Yang sebenarnya, dia dah bosan bersendirian tapi, itu bukan alasan untuk mula bertemu janji dengan lelaki.

Envy mengeluh panjang sambil melihat lelaki itu menepuk punggung perempuan yang dari tadi menempel padanya, menyedari yang dia langsung tiada rasa cemburu. Jika dia betul-betul jatuh cinta pada lelaki itu, tidakkah dia akan rasa benar-benar sentap sekarang dan bukan sekadar terluka? Apa yang paling mengganggu fikirannya sekarang ialah Trevor berbohong tentang mahukan hanya dirinya.

Jason telah lama memerhatikan Envy masuk ke kelab itu dari bangku di bar yang paling hampir dengan pintu. Dia dah dapat mengagak yang Envy akan datang dan dia tidak terkejut melihat Chad ada bersama dengannya. Selepas memberi mereka masa beberapa minit untuk melihat sekeliling, dia tersenyum sinis dalam kepuasan apabila dia perasan ketegangan pada bahu Envy dan tahu yang dia telah ternampak teman lelakinya berfoya-foya di lantai tari.

Ваша оценка очень важна

0
Шрифт
Фон

Помогите Вашим друзьям узнать о библиотеке

Скачать книгу

Если нет возможности читать онлайн, скачайте книгу файлом для электронной книжки и читайте офлайн.

fb2.zip txt txt.zip rtf.zip a4.pdf a6.pdf mobi.prc epub ios.epub fb3

Популярные книги автора