Amy Blankenship - Tarian Bulan стр 6.

Шрифт
Фон

Chad bangkit dari sofa dan berdiri di luar pintu bilik Envy. Mereka telah menjadi teman sebilik sejak empat tahun lalu, semenjak kedua ibubapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan kereta, dan mereka serasi bersama. Chad ialah seorang anggota polis manakala Envy pula bekerja sebagai pelayan bar on call di beberapa kelab malam dalam bandar itu.

Satu-satunya sebab dia tidak berkata apa-apa kepada Envy supaya mencari kerja sebenar ialah kerana pada kebanyakan malam dia membawa pulang lebih banyak wang berbanding dirinya. Itu membuatkan segalanya lebih baik kerana apabila tiba hari pembayaran sewa, Envylah yang selalunya akan menyelesaikan bayaran, sementara dia uruskan hal-hal yang lain.

Kelab apa? Dia tanya disebalik pintu.

Kelab baru yang dipanggil Tarian Bulan, Envy mengikut rambutnya yang panjang dan merah seperti strawberry tinggi menjadi ponytail, membiarkan rambutnya yang lain berjuntai ke bawah dibelakangnya berlapis panjang. Lebih baik saya minta kerja sebagai pelayan bar sementara ada di sana.

Chad mengerutkan dahinya. Kelab itu jauh dihujung bandar, bukan? Dia berjalan masuk ke biliknya tanpa menunggu jawapan daripada Envy. Baru-baru ini, perkara-perkara yang berlaku di hujung bandar sudah menjadi lebih berbahaya. Kes kehilangan adalah bahaya yang paling membimbangkan dan beberapa mayat telah ditemui disekitar kawasan berhampiran kelab itu.

Setakat ini tiada apa yang boleh dikaitkan secara langsung dengan Kelab Tarian Bulan, kecuali kesemua mangsa yang dipilih adalah orang yang suka pergi ke kelab malam. Hanya rangka masanya sahaja yang membuatkan Chad dan ramai lagi orang fikir agak meragukan. Terdapat beberapa persoalan sama ada benar atau tidak terdapat pembunuh bersiri di dalam bar itu. Beberapa mangsa terbaru telah dilihat berada dalam kelab itu. Sebagai seorang pegawai polis, dia tidak boleh mengabaikan kemungkinan terdapat perkaitan antara keduanya.

Oleh kerana pistol dan lencananya sudah ada dalam keretanya, Chad menyambar perenjat elektrik kecil dan menyelitnya ke dalam bahagian belakang tali pinggang seluarnya. Dengan begitu banyak perkara buruk yang terjadi disitu, dia mahu Envy memilikinya kalau-kalau sesuatu perkara yang tisak kena berlaku semasa mereka di dalam kelab itu.

Keluar dari biliknya, dia memandang ke arah laluan dihadapannya dan pandangannya terhenti serta merta apabila melihat adiknya. Skirt kulit berwarna hitam dengan renda terjuntai keluar dibahagian bawah pada paras separuh peha menutup kakinya dan dipakai dengan baju berenda hitam paras atas pusat. Hanya terdapat beberapa tompokan kain kulit di bahagian yang penting cukup untuk menyembunyikan buah dadanya dan mendedahkan pusat dan pinggangnya yang ramping.

Dia juga memakai sepasang but kulit berwarna hitam yang separas buku lali dengan rantai comel yang melilit kakinya. Seutas rantai penggalan ibu mereka bertahun-tahun yang lalu menghiasi lehernya dengan loket kuarza amethyst tergantung pada rantai itu. Kebanyakan dari rambut merahnya diikat dengan ikatan ponytail tinggi dengan sedikit daripadanya jatuh di atas sebelah bahunya.

Solekannya sempurna dengan sedikit penggaris dan pembayang mata berwarna hitam dan gincu bibir bertona gelap. Dia kelihatan seperti dominatrix.

Wow, kita nak keluar membunuh ke ni? Chad mengangkat sebelah keningnya, menilai penampilan adiknya atas bawah dua kali. Dia ada terfikir untuk batalkan saja rancangan untuk keluar malam ini dan menyuruh adiknya kembali ke bilik atas sebab keselamatan.

Baik, saya dah buat keputusan, Envy mengangkat keningnya, Selepas saya uruskan Trevor, saya nak berseronok! Mulai sekarang, saya tak mahu lagi bertemu janji dengan seorang lelaki. Saya tak mahu ada seorang teman lelaki...saya nak BANYAK teman lelaki! Dangen cara itu, kalau seorang buat perangai, tak perlu kisah pun sebab saya akan ada ramai lagi yang lain, gembira untuk singkirkan dia.

Yalah, abang ingat lagi macam mana lancarnya plan tu berjalan masa sekolah menengah dulu. Chad menggeleng-gelengn kepalanya, tahu yang adik perempuannya yangn satu ini lebih naif daripada apa yang dia pura-pura tunjukkan. Jom naik kereta abang kalau-kalau balai panggil.

Hanya kalau saya dapat bermain dengan lampu biru, Envy tersenyum, mengetahui yang abangnya pasti izinkan.

Chad menghembus nafas berat dan mula berjalan ke arah keretanya. Aku bersumpah kau ni lebih teruk dari budak kecil di kedai mainan meramas setiap patung mainan yang berbunyi bising dan buat semua orang jadi gila.

Apa? adiknya ketawa. Saya suka lampu biru. Semua orang beri laluan bila saya hidupkannya.

Macam masa kamu buathidupkannya ketika kita kehabisan kopi dulu? tanya abangnya. Kamu tahu kan itu membazirkan duit pembayar cukai, betuk tak?

Kalau abang tak diam saya akan drive kereta ni. Nanti abang kena hadap dengan lampu merah dan siren, dia memberi amaran sambil mengenyitkan matanya.

Chad serta merta diam kerana kali terakhir perkara itu berlaku, adiknya terlambat ke tempat kerja dan dia sangat tidak sihat untuk memandu jadi dia duduk di kerusi penumpang, tidur dengan nyenyak. Ketua pasukannya masih lagi mengusiknya mengenai hal itu.

*****

Envy mematikan lampu biru kereta peronda abangnya lebih kurang satu blok bangunan sebelum tiba di kelab malam itu dan mendongak sambil melihat lampu limpah yang menari merentasi langit yang dilitupi awan itu. Dia fokuskan penglihatannya sebaik sahaja bangunan dua tingkat kelihatan dalam pandangannya.

Dia terlalu sibuk kebelakangan ini hinggakan dia tidak berpeluang untuk pergi melihat-lihat di kelam Tarian Bulan, tetapi beberapa pelanggannya pernah bercakap tentang kelab itu. Dari luar, kelab itu nampak biasa-biasa saja. Kelihatan seperti gudang batu-bata dengan sedikit jendela dan lampu neon besar berwarna ungu, digantung tinggi pada tembok hadapan.

Ramai orang beratur dalam satu barisan panjang merentasi separuh tempat letak kereta berpakaian dengan pakaian kelab terbaik yang mereka ada dan rancak berbual dengan satu sama lain. Mengetahui yang masih ada satu barisan selepas jam sepuluh malam memberitahu Envy yang bekerja disini mungkin boleh mendapat hasil lumayan.

Yep, semestinya saya akan minta kerja di sini, dia tersenyum pada fikirannya sendiri.

Sekurang-kurangnya barisan tu dah hampir hilang, kata Chad secara sarkastik, tidak mahu menunggu untuk melihat Trevor dibelasah adiknya yang penuh adrenalin itu.

Chad memarkir keretanya jauh di sudut gelap tempat letak kereta betul-betul di sebelah kereta Trevor. Sebelum Envy dapat membuka pintu kereta itu, Chad menyambar tangan adiknya. Ambil ni, dia meletakkan perenjat elektrik kecil ditangan Envy dan kemudian, tanpa sepatah kata tentangnya, dia membuka pintu keretanya dan keluar.

Envy menggenggam alat itu dengan jemarinya sambil tersenyum. Abangnya telah mengajarnya seni bela diri hingga ke tahap di mana dia mungkin boleh kalahkan kebanyakan rakan sejawat abangnya tanpa setitis peluh pun. Tapi Chad selalu berkata, Kenapa nak bertumbuk, kalau apa yang perlu dilakukan hanya tekan satu butang?

Envy menyelit perenjat kecil itu ke kocek sisi pada skirtnya bersama-sama dengan kad pengenalannya. Semestinya dia akan kenakan Trevor kali ini. Dengan gembira dia akan menekan butang lif ke neraka semata-mata ingin melihat lelaki itu di dalamnya sekarang ini. Tiada sesiapa pun yang boleh curang pada Envy Sexton akan berjaya melepaskan diri.

Mereka berjalan ke arah barisan bersama-sama dan Envy sangat gembira apabila barisan mula bergerak dengan laju yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk masuk ke kelab itu.

Pengawal pintu di situ memakai seluar Armani yang dipadankan dengan jaket sut yang sama. Kemeja di dalamnya mengikut lengkuk badan dan mendedahkan dadanya yang bidang. Rambut perangnya beralun jatuh ke sisi wajahnya. Kelihatan janggut ynag baru dicukur memenuhi dagunya dan dia mempunyai mata hitam yang menusuk, bersinar dibawah lampu neon yang menerangi tempat itu.

Ваша оценка очень важна

0
Шрифт
Фон

Помогите Вашим друзьям узнать о библиотеке

Скачать книгу

Если нет возможности читать онлайн, скачайте книгу файлом для электронной книжки и читайте офлайн.

fb2.zip txt txt.zip rtf.zip a4.pdf a6.pdf mobi.prc epub ios.epub fb3

Популярные книги автора